Assalamualaikum,
Saudara, dalam beberapa
post yg lalu kita telahpun teliti satu amalan dan ibadah yg amat
menguntungkan orang Islam yg mengerjakannya - ibadah kurban dalam bulan
Zulhijjah. Apakah saudara bersedia melaksanakannya?
Saudara, suatu hadith
disebutkan bahawa Allah (a.w) berfirman melalui lisan Nabi (s.a.w)
(yakni, hadith qudsi): 'Harta itu hartaKu (i.e. milikKu) dan syurga itu
adalah syurgaKu (i.e. milik Ku), maka belilah syurgaKu dengan hartaKu.'
Dalam Islam sebarang usaha fi sabilillah itu amat penting yg
mendatangkan pahala yg banyak yg membolehkan orang Islam mendapat
syurga. Usaha berjihad - iaitu berperang fi sabilillah - menegakkan dan
mengimarahkan serta melestarikan syariat Islam - adalah amat utama,
sehinggan ganjaran pahala bagi orang yg berjihad dalam agama Allah (a.w)
itu mendapat syurga - itulah kejayaan hidup sebenarnya. Kini tiada
lagi tuntutan untuk berjihad berperang fi sabilillah. Tapi, umat
Muhammad (s.a.w) itu diberikan begitu banyak pelaung untuk usaha-usaha
fisabilillah. Ada usaha yg sedikit tetapi mendatangkan pahala fi
sabilillah.
Saudara, dalam bulan
Zulhijjah, ibadah kurban itu menghasilkan ganjaran pahala yg melebihi
berjihad fi sabilillah, semata-mata dengan menyembelih kurban seekor
kambing atau seekor lembu atau, kalau mampu, seekor unta. Cuba kita
lihat beberapa hadith tentang ganjaran pahala menyembelih kurban.
Kefadhalan Mengerjakan Kurban
(a) Pahala Kurban itu sampai sebelum jatuhnya darah haiwan kurban ke bumi
Hadith
ini menyebutkan bahawa pahala yg kita dapati dari menyembelih kurban
itu kita dapati begitu cepat, sebelum darah haiwan yg disembelih itu
jatuh ke bumi pahalanya kita telahpun terima tersimpan dalam Kitrab
Catatan Amalan kita.
Diriwayatkan
hadith dari Aisyah (r.ah) (berkata dia): ‘Bahawasanya Rasulallah
(s.a.w) telah bersabda: ‘Tidak beramal anak Adam dari amalan pada hari
menyembelih (yakni, hari raya Kurban) yang lebih menyenangkan (yakni,
disukai oleh) Allah (a.w) daripada mengalirkan darah (yakni, mengerjakan
Kurban). Sesungguhnya (sesiapa yang) berkurban nescaya pada hari Qiamat
dimana tanduknya dan bulunya dan kukunya (ternakan kurban itu), dan
sesungguhnya sebelum jatuh darahnya (ke bumi) nescaya daripada Allah
(a.w) (mendapat ganjaran pahala), maka bersenanglah (yakni,
bergembiralah) sekelian kamu dengan Kurban bagi dirinya.’ [Hadith sahih
at-Termidzi] (b) Setiap bulu haiwan kurban itu satu pahala Diriwayatkan
hadith daripada Zahid bin Arqam (r.a) berkata dia: ‘Berkata seorang
sahabat Rasulallah (s.a.w) kepada Rasulallah s.a.w) (yakni, bertanya):
‘Ya, Rasulallah (s.a.w), apakah ini beberapa Kurban?’ Menjawab
Rasulallah (s.a.w): ‘Telah disunatkan oleh bapa kamu sekelian, Nabi
Ibrahim (a.s)’. Maka berkata sahabat lagi: ‘Maka apakah bagi kami (i.e.
apakah pahalanya) dalam Kurban, ya Rasulallah (s.a.w)?’ Maka
dijawab Rasulallah (s.a.w): ‘Dengan tiap-tiap sehelai rambut (yakni,
bulu binatang kurban itu) satu kebaikan (yakni, pahala dari Allah
(a.w))’. Bertanya lagi sahabat tersebut: ‘Maka bagaimana pula dengan
bulu-bulu halusnya, ya Rasulallah (s.a.w)?’ Dijawab oleh Rasulallah (s.a.w): ‘Tiap-tiap satu rambut dari bulu halusnya satu kebaikan.’ [Hadith sahih Ibnu Majjah]
[Nota:
Banyaknya pahala yang diperolehi oleh seseorang yang menyembelih jurba
itu adalah seumpama banyaknya bulu-bulu – terrmasuk bulu-bulu halusnya –
yang ada pada tubuh haiwan yang disembelih itu.]
(c) Besarnya Pahala Ibadah Kurban
Hadith ini
menyebutkan bahawa pahala menyembelih kurban itu menegatasi pahala
perang sabilillah. Pahala kurban itu hanya dikalahkan oleh pahala yg
didapati oleh seseorang yg melibatkan diri dalam perang sabilillah
secara berjihad, mati dia dan habis segala hartanya, dan dia kembali
hanya sebagai mayat yg terbujur.
Diriwayatkan
hadith dari said b Khubairin hadith dari Ibnu Abbas (r.a) berkata: Telah
bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tidak ada dari beberapa hari, yakni hari
kesepuluh (bulan Zulhijjah) yang di dalamnya (ada amalan) yang lebih
disukai Allah (a.w).’ Berkata mereka (para sahabat): Wahai Rasulallah
(s.a.w)! Tidak berjihad fi sabilillah (i.e. membela ugama Allah (a.w))?’
Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Dan tidak juga berjihad fi sabilillah.’
(Kemudian Rasulallah (s.a.w) menyambung sabdanya): ‘Kecuali seorang
lelaki (yang berjihad itu) keluar dengan dirinya dan hartanya, maka
tidak kembali dia dari demikian (jihad) dengan sesuatupun.’ (Yakni,
lelaki yang berjihad dengan diri dan hartanya itu habis hartanya dan
mati dia dalam jihad tersebut). Orang sedemikian itu mendapat pahala
yang dapat mengatasi amalan (korban) pada 10 Zulhijjah itu.).’ [Hadith
Abu Daud]
[Nota:
Hadith ini menyebutkan bahawa ganjara pahala kurban itu mengatasi atau
melebihi pahala berjihad, kecualilah seseorang itu keluar berjihad,
kemudian tidak kembali dia, yakni mati dia dalam berjihad itu. Maksudnya
pahaa menyembelih kurban itu hanya dapat diatasi oleh seorang yang
berjihad pada jalan Allah (a.w) dengan harta dan dirinya kemudian tidak
kembali dia kerana habis hartanya dan terkurban nyawanya.]
(d) Amalan yang paling disukai Allah (a.w)
Ada banyak amalan
yg amat disukai oleh Allah (a.w) apabila dikerjakan oleh hamba-hambaNya.
Satu daripadanya ada kaedah beribadah Nabi Daud (a.s) - dia tidur
seperdua malam, bangun mengerjakan ibadah-ibadah sunat 1/3 malam dan
kemudian tidur semula 1/6 malam. Satu lagi adalah Puasa Nabi Daud (a.s) -
dia berpuasa selang sehari i.e. puasa sehari dan tak puasa sehari. Dan,
dalam hadith ini ibadah menyembelih kurban pada 10 hingga 12 Zulhijjah.
sehariberibadahDiriwayatkan hadith dari Aisyah (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Ma
‘amila adamiyun min ‘amali yauman-nahri ahabba ilallahi min
ihraqid-dami innah la-taktiya yaumal-qiamati biquruniha wa-asy’ariha
wa-azlafiha, wa-innad-ma la-yaqa’u minallahi bi-makanin qabla an yaqa’a
fatibu biha nafsan.’ (Yang bermaksud: Tidaklah beramal anak
Adam dari suatu amalan pada hari KUrban yang lebih disukai oleh Allah
(a.w) daripada mengalirkan darah (i.e. menyembelih kurban) niscaya jatuh
di sisi Allah (a.w) pada suatu tempat sebelum darah itu jatuh di bumi,
maka bersenang hatilah kamu sekelian dengan kurban.) [Hadith
at-Termidzi, Kitab Menyebelih Kurban]
[Nota:
Hadith ini menjelaskan betapa besarnya pahala menyembelih kurban itu,
iaitu suatu amalan yang amat disukai oleh Allah (a.w). Pahalanya
diberikan oleh Allah (a.w) kepada orang yang berkurban itu sebelum
sempat darah haiwan kurbanya jatuh ke bumi. Kalau sesuatu amalan itu
amat disukai oleh Allah (a.) maka pastilah dia calun syurga.]
(e) Menyembelih kurban dihadangi dari api neraka
Hadith berikut
menjelaskan bahawa ternakan kurban yg kita sembelih sebagai kurban itu
akan menghalang kita dari terkena api neraka di akhirat kelak. Kalau
terhalang atau dihalang dari bakaran api neraka pastilah kita menjadi
ahli syurga.
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Man dahha toibatan biha nafsuhu muhtasiban li-udhiayatihi kanat lahu hijaban minan-nari.’ (Yang bermaksud:
Barangsiapa yang berkurban dengan senang hati (rela dan ikhlas hatinya
sukakan berkurban) lagi mencari pahala pada kurbannya, maka kurbannya
menjadi penghalang baginya dari neraka.) [Hadith at-Tobrani]
[Nota:
Hadith ini menjelaskan melalui satu perspektif lain bahawa haiwan
kurban itu akan menghalang orang yang menyembelih kurban itu dari
terkena api neraka.]
Saudara,
Memandangkan
begitu hebatnya pahala menyembelih kurban itu, adalah kita seorang yg
bodoh lagi dungu kalau berkemampuan tidak menyembelih kurban. Kita tak
perlu menjadi seorang yg kaya untuk menyembelih kurban. Kita boleh
berkongsi. Kalaulah seekor lembu itu berharga RM 2,500.00, kalaulah kita
simpan RM 25.00 sebulan kita dapat sediakan wang untuk kurban setelah
menyimpanya 8 tahun. Atau, kita berkongsi dgn 100 orang rakan dapat
seekor dan kalau kita buat setiap tahun selama 8 tahun, samalah dgn kita
menyembelih kurban sekali dalam hidup kita. Kalau RM 250.00 sebulan,
dapat sediakan wang untuk kurban selepas 10 bulan, tak sampaipun
setahun.
Mudah-mudahan
sdr tidak sia-siakan peluang ini. Fikirkanlah berapa banyak wang yg
kita belanjakan setiap hari atau setiap minggu atau setiap bulan yg
tidakpun menjamin kita mendapat tempat di syurga? Malah, mungkin
perbelenajaan itu ke arah atau kerana tujuan kebatilan, menghampirkan
atau mnjerumuskan kita ke dalam neraka!
Jazakallahu khairah
from http://yayasan-ilmu.blogspot.com

Tidak ada komentar:
Posting Komentar